Deja vu…

Waktu itu aku berada di rumah. Semua ahli keluarga aku pun ada di rumah kecuali abah dan Abang Wira. Mungkin abah pergi kerja dan Abang Wira ada di KL. Aku tak tahu umur aku berapa tapi aku rasa aku kecil lagi dan waktu tu aku kena pergi sekolah dengan Abang Uda. Sekolah rendah aku, SKPAB. 

Selalunya mama yang hantar tapi kali ini mama tak hantar ke sekolah. Driver abah yang hantar. Naik kereta Mercedes abah. Tapi Abang Uda dan aku rasa seperti malas hendak pergi ke sekolah jadi kami pun berpakat dengan mama untuk tak mahu pergi ke sekolah. Mama kata oke. Jadi sepatutnya kena belok ke kanan untuk ke sekolah, kami suruh driver abah belok ke kiri.

Dalam kereta Aku duduk di sebelah driver. Abang Uda duduk di belakang. Driver tanya nak pergi ke mana dan Abang Uda suruh drive je. Driver tu tak pandai bawak kereta sangat. Dia asyik terlanggar kereta di depan. Tapi kereta di depan tak marah pun. Aku yang berada di seat depan sebelah driver asyik terhantuk kepala dengan dashboard. Aku tak pakai seat belt waktu tu.

Sampai dekat Kupang, Abang Uda suruh driver tu patah balik. Dia drive sampai ke pekan Baling. Dekat pekan Baling tiba2 driver tu pergi ke Kedai Bukhari yang dekat dengan stesyen bas Baling. Dia kata dia nak beli lauk. Dan dia tiba2 drive-in dalam Kedai Bukhari tu. Tapi masa nak keluar dari kedai, dia terlanggar kaunter Kedai Bukhari. Dia kan tak pandai bawak kereta sangat. Dia tanya aku tahu drive kereta tak. Aku jawab tahu.

Jadi aku pun suruh driver tu turun dan aku pula yang drive. Lepas aku drive kereta Mercedes abah keluar dari Kedai Bukhari tu tiba2 aku dah tak drive kereta lagi. Aku bawa basikal pula. Abang Uda ada di tempat duduk belakang basikal tapi dia duduk dengan senget. Basikal jadi tidak stabil. Aku pun suruh dia duduk betul2.

Kemudian aku pun bawa basikal. Aku kayuh. Abang Uda di belakang. Ada pasar malam. Tapi masih belum banyak kedai yang dibuka. Mungkin masih awal lagi. Masa tengah belok dari satu simpang dalam pasar malam tu, tiba2 ada orang jual belon melintas. Aku cari brek dekat kaki, tapi tak jumpa sebab aku bukan bawak kereta atau motosikal. Aku terus mem-brek dengan panik sekali. Tayar depan basikal aku terangkat.

Aku jatuh dan terbangun dari tidur.

…………………………

Sesiapa yang pandai menafsir mimpi, tolong tafsir mimpi aku ni. 

Mungkin ini yang orang panggil deja vu.

Tak. Confirm bukan deja vu….

p/s-aku mimpi benda ni 2 hari lepas. Mungkin aku home town sick. Nak balik Baling. Huhu~

Umbrella+Hate That I Love You (Live)-Rihanna

 

seriously~

every now and then…

i don’t speak your language 

but trust me, i do understand you,

you can be whatever you want to

and i will always love you,

but right now i am just a refugee

who stuck at my own shelter

because dark cloud are gathering

and bursting into thunder 

and the lightning dazzles the eyes,

and i am waiting for the rainy season to end

so i can feel the wind again…