Deja vu…

Waktu itu aku berada di rumah. Semua ahli keluarga aku pun ada di rumah kecuali abah dan Abang Wira. Mungkin abah pergi kerja dan Abang Wira ada di KL. Aku tak tahu umur aku berapa tapi aku rasa aku kecil lagi dan waktu tu aku kena pergi sekolah dengan Abang Uda. Sekolah rendah aku, SKPAB. 

Selalunya mama yang hantar tapi kali ini mama tak hantar ke sekolah. Driver abah yang hantar. Naik kereta Mercedes abah. Tapi Abang Uda dan aku rasa seperti malas hendak pergi ke sekolah jadi kami pun berpakat dengan mama untuk tak mahu pergi ke sekolah. Mama kata oke. Jadi sepatutnya kena belok ke kanan untuk ke sekolah, kami suruh driver abah belok ke kiri.

Dalam kereta Aku duduk di sebelah driver. Abang Uda duduk di belakang. Driver tanya nak pergi ke mana dan Abang Uda suruh drive je. Driver tu tak pandai bawak kereta sangat. Dia asyik terlanggar kereta di depan. Tapi kereta di depan tak marah pun. Aku yang berada di seat depan sebelah driver asyik terhantuk kepala dengan dashboard. Aku tak pakai seat belt waktu tu.

Sampai dekat Kupang, Abang Uda suruh driver tu patah balik. Dia drive sampai ke pekan Baling. Dekat pekan Baling tiba2 driver tu pergi ke Kedai Bukhari yang dekat dengan stesyen bas Baling. Dia kata dia nak beli lauk. Dan dia tiba2 drive-in dalam Kedai Bukhari tu. Tapi masa nak keluar dari kedai, dia terlanggar kaunter Kedai Bukhari. Dia kan tak pandai bawak kereta sangat. Dia tanya aku tahu drive kereta tak. Aku jawab tahu.

Jadi aku pun suruh driver tu turun dan aku pula yang drive. Lepas aku drive kereta Mercedes abah keluar dari Kedai Bukhari tu tiba2 aku dah tak drive kereta lagi. Aku bawa basikal pula. Abang Uda ada di tempat duduk belakang basikal tapi dia duduk dengan senget. Basikal jadi tidak stabil. Aku pun suruh dia duduk betul2.

Kemudian aku pun bawa basikal. Aku kayuh. Abang Uda di belakang. Ada pasar malam. Tapi masih belum banyak kedai yang dibuka. Mungkin masih awal lagi. Masa tengah belok dari satu simpang dalam pasar malam tu, tiba2 ada orang jual belon melintas. Aku cari brek dekat kaki, tapi tak jumpa sebab aku bukan bawak kereta atau motosikal. Aku terus mem-brek dengan panik sekali. Tayar depan basikal aku terangkat.

Aku jatuh dan terbangun dari tidur.

…………………………

Sesiapa yang pandai menafsir mimpi, tolong tafsir mimpi aku ni. 

Mungkin ini yang orang panggil deja vu.

Tak. Confirm bukan deja vu….

p/s-aku mimpi benda ni 2 hari lepas. Mungkin aku home town sick. Nak balik Baling. Huhu~

Advertisements

4 Responses

  1. tafsir mimpi: uda dok kat seat belakang kereta tanda dia akan jadi bos nanti. yang lain2 belum dapat ilham.

    ps.pembetulan: uda tak pernah ponteng sekolah tanpa sebab. cuma pernah dok dalam rumah senyap2 buat macam takda orang waktu Ustaz Ishak nak mai ajar mengaji.10 minit ustaz tu picit hon moto, dia pun balik.adi pun terlibat sama. dia mastermind.

  2. salam wrwb.
    tafsir: usia diri dalam proses peralihan kematangan, mencari identiti dan halatuju diri sendiri. seringkali ingin mencuba perkara2 baru dan terburu-buru dalam melakukan sesuatu, sering juga mengikut kehendak hati sehinggakan kadang2 berlaku konflik dalaman dan luaran.
    nasihat: hati-hati dalam membuat pilihan, terutamanya kawan-kawan

    p.s.: geli hati dan usus perut terbayangkan abg uda duduk senget menyebabkan basikal tak stabil

  3. salam..abg adi budak baling eh?part ner?
    waa jumpa org kg kat unpad ni..hahaha

  4. abg merepek ja…
    abah ne la ada driver….
    abg plak takdak lesen…muhahahha…[ sy dh ada ye ] ; )

    p/s:udah tempah tiket balik..sy buat.. ; p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: