Sepetang di dusun buah-buahan (tak la sampai sepetang pun)

Salam,

Petang tadi aku pergi kait buah rambutan dekat dusun buah-buahan belakang rumah aku. Sebenarnya bukan aku yang kait, abang Uda yang kait. Aku tolong kutip dan letak dalam plastik je.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ada lagi satu jenis buah yang dikutip tadi. Dia adik-beradik rambutan juga tapi dia takdak bulu2. Buah pulasan. First time aku makan buah ni banyak2. Sebelum ni makan kalau ada orang bagi ja.

Photobucket

Photobucket

Isi dekat dalam pun macam rambutan.

Photobucket

Rasa dia macam rambutan + laici. Tapi macam lain sikit. Payah nak describe. Abang Uda kata isi dia keras dari isi rambutan.

Photobucket

Tahun ni tak banyak sangat buah yang menjadi dekat dusun ni macam tahun2 lepas. Banyak yang dah nak habis. Manggis pun dah nak habis. Rambutan pun tinggal lagi satu pokok ja yang tak harvest lagi. Tapi buah dokong ada lagi. Tak masak sangat lagi. So siapa2 yang nak makan buah dokong sila datang cepat2 sebelum buah dokong pun habis juga. 🙂

Photobucket

Malaysia…Oh Tanah Airku…

Salam,

Aku sudah berada di rumah. Sampai di airport Penang lebih kurang pukul 10.30 pagi tadi. Mama dan abah yang datang ambil aku. On the way balik, mama ajak abah naik ferry. Mama kata dah bosan balik ikut jambatan. Dah lama aku tak naik ferry.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

p/s-Aku cuti sampai hujung bulan 8. Boleh puasa dekat rumah. 🙂

The Alchemist vs Fullmetal Alchemist

Salam,
Photobucket
Aku baru habis baca buku The Alchemist karya Paulo Coelho beberapa hari yang lalu. Aku pinjam dari nnz. Tersangat lah banyaknya nilai2 murni dalam buku ni. Mungkin tak salah kalau aku kata dalam setiap  mukasurat ada nilai2 murni. Oke, mungkin tiap2 2 mukasurat. Tapi tentang apakah buku ini sebenarnya. Nnz tak paham walaupun dia mengaku kononnya dia dah baca sampai habis.

Ada lagi 1 ada cerita tentang alchemist. Fullmetal Alchemist. Sekarang ada cerita Fullmetal Alchemist Brotherhood yang baru dekat channel Animax. They remake the series. More similar to the manga version. Ada la sikit2 perubahan. Tapi tak mengganggu jalan cerita dari manga sangat. Cerita ni pun banyak nilai2 murni. 

Tema dalam buku The Alchemist adalah tentang perjalanan Santiago seorang pengembala kambing untuk mencari harta karun. Tak, itu bukan tema, tapi plot mungkin. Tema buku ini adalah tentang mengejar atau mencapai tujuan hidup atau perkataan yang digunakan oleh translator: personal legend. 

Tema dalam cerita Fullmetal Alchemist pula adalah tentang kasih sayang diantara dua bersaudara. Dan juga mungkin diantara anak dan ibunya atau mungkin diantara kawan2 mereka. Aku rasa. Aku tak pasti. Mungkin temanya adalah tentang mengejar atau mencapai personal legend juga.

Tapi yang menarik mengenai kedua-dua cerita ini adalah konsep alchemist yang digunakan. Tentang semua benda di dunia adalah berhubungan diantara satu sama yang lain.

Seperti perbualan diantara padang pasir dengan si pengembala kambing ketika padang pasir bertanyakan tentang cinta. Pengembala kambing menjawab. 

          “Yes, that’s what love is. It’s what makes the game become the falcon, the falcon become the man, and men, in his turn, the desert. It’s what turns lead into gold, and makes the gold return to the earth.”

Atau seperti perbualan Edward dan Alphonse.

          “A flow of life…To large to be seen by eyes, although I’m not sure if that refers to the wold or t the universe… Al, You and I are both small parts of that flow of life. We are a part of it.The entire universe is form from all of the part coming together. We are all living according to countless universal rules. Destroying and rebuilding objects according to those ‘rules’, is what we call alchemy”

Hmm~ Ada lagi satu. Bila Izumi Curtis tanya “What does ‘one is all,all is one’ mean?”

Ed dan Al jawab “”All’ is the world, ‘one’ is me”

Maybe these simple words are what written on the surface of emerald.

Tak paham??

Dapatkan buku The Alchemist di kedai2 buku yang berhampiran dan baca sendiri. Untuk Fullmetal Alchemist boleh baca free dekat OneManga.

p/s-harap2 nnz boleh paham. 🙂

Sesuatu di fikiran

Salam,

Aku rasa macam nak tulis sesuatu disini. Seperti ada sesuatu sedang bermain di fikiran tapi aku tak tahu apa atau siapa (mungkin aku tahu siapa tapi aku tahu aku tak mahu tulis tentang dia atau mereka).

Aku rasa aku seorang yang perahsia. Mula2 aku decide untuk tulis blog ni adalah untuk tulis pengalaman2 hidup aku dan mungkin apa2 saja yang aku rasa. Tapi disebabkan aku seorang yang perahsia maka tak banyak pun benda yang aku tulis kat sini. Atau mungkin juga sebab memang aku tak banyak pun pengalaman hidup.

Mungkin lepas ni aku perlu tulis tentang pengalaman hidup orang lain pula. Atau mungkin lepas ni aku akan jadikan blog ni sebagai blog2 pemberi nasihat seperti kebanyakan blog kawan2 aku. Atau jadikan blog ini sebagai medium untuk mengutuk sesiapa saja yang aku tak suka (walaupun ni blog aku tapi aku tahu, aku tak boleh kutuk orang sesuka hati aku. Mungkin hanya teguran2 membina). Atau jadikan blog ni untuk menyebarkan ideologi2 (baca:ajaran2) aku. Hehe~

Aku harap lepas ni aku boleh jadi kurang perahsia supaya aku boleh tulis lebih banyak disini.

p/s-kalau aku rasa nak kutuk orang, aku kutuk dalam hati je supaya tak ada orang yang sakit hati. Peace~ 🙂

Of Marriage and Death

Salam,

Dah lama aku tak update blog. Dah sebulan lebih dah pun. Bulan Jun tak ada entry langsung. Kalau tengok2 balik, last year pun sama. Mungkin sebab bulan Jun adalah bulan exam. Sebulan aku exam. Back to back. Almost everyday ada exam kecuali hari Sabtu dengan Ahad. Tapi exam dah habis, result pun dah dapat. Dan sekarang ni nak exam balik dah. Remedial exam. 

Selama aku tak update blog ni, tak ada apa sangat yang penting berlaku kecuali peristiwa abang Wira kahwin. Tahniah kepada Abang Wira dan Kak Mai. Habis2 ja exam terus aku balik ke Malaysia. Sebenarnya tak habis sangat pun. Ada lagi 3 station aku tak sempat buat. So aku dah ‘ter-fail’ exam OSCE (baca:skil lab) aku dan aku kena ulang balik OSCE 3rd year tahun depan. Tapi tak kisah sangat. Kata kawan aku, inilah pengorbanan adik kepada seorang abang. Hehe~ Abang Wira, terharu tak?

Photobucket
Lagi satu peristiwa penting yang berlaku adalah tok (baca:nenek) aku sudah kembali ke rahmatullah pada 2 Jun pukul 2.30 waktu Malaysia. Innalillah wa inna ilaihi rojiuun. Ada banyak peristiwa pahit manis sepanjang aku mengenali tok. Aku rasa aku tak perlu tuliskan disini. Mungkin lain kali saja aku tulis. Semoga roh tok ditempatkan bersama2 roh orang2 beriman.

p/s-kawan aku, Minah pernah cakap, tok walaupun dah tua tapi still lawa. 🙂