Selamat Aidil Adha

Photobucket
Aku mahu pergi ke sana,

wukuf bersama mereka,

berkongsi dunia yang fana,

tapi sendirian bersama Dia.

 

Aku mahu pergi ke sana,

pergi mengadap Tuhan yang Esa,

tua muda miskin kaya,

semua orang jadi sama.

 

Aku mahu pergi ke sana,

tempat agung bumi anbiya,

tambah yakin iman di dada,

menunaikan rukun Islam ke-lima.

 

Tapi tak mampu pergi ke sana,

hanya di sini mengenang cerita,

Siti Hajar yang sungguh percaya,

Tuhan tak akan meninggalkan mereka.

 

Ibrahim pula mendapat berita,

dengan perintah Tuhan yang nyata,

Ismail akur menundukkan kepala,

kena sembelih dengan redha.

 

Ingat Tuhan setiap masa,

semoga menjadi hamba yang setia,

kerana Qurban Demi Cinta,

kerana Qurban Pesona Taqwa.

 

Salam Aidiladha~

Selamat Hari Raya Haji.

Selamat Hari Raya Korban.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. 🙂