Happy birthday Abang Uda

Salam,

Hari ni birthday Abang Uda. Happy birthday Abang Uda. Tengah cari2 gambar abang Uda dari arkib untuk letak dalam blog, terjumpa gambar ni. Hehe~

DSC_6097Gambar bukti.

DSC_6098

Bukan 1. Tapi 2 biji teko abang Uda bagi pecah. Ish3~

abang uda

Gambar latest Abang Uda. Masa pergi ke Cameron highland. Ambil dari facebook.

p/s- Abang uda sangat cool. Selalu jeles dengan dia. Sebab mama selalu puji dia. Huhu~

p/s2- *point yang sama dalam sms tadi* Abang Uda ja yang tau.

Advertisements

Tazkirah Minggu Ini: Al-Anfaal(8):27 & Al-Ahzaab(33):72-73

Salam,

Tazkirah minggu ini adalah tentang ayat dari surah Al-Anfaal(8), ayat ke-27.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.(27)

Ayat ni melarang kita mengkhianati amanah. Yang paling penting amanah Allah dan Rasul. Allah dan Rasul mengamanahkan kepada kita Islam. Allah dan Rasul mengamanahkan kita supaya menyebarkan agama Islam kepada semua orang. Allah dan Rasul mengamanahkan kita supaya mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

Kita buat tak amanah Allah dan Rasul ni?

Amanah yang kedua adalah amanah orang lain kepada kita. Contohnya kalau orang amanahkan kepada kita sesuatu. Apa2 saja. Pen sebatang sekalipun. Kita kena menjaga pen itu dengan sebaiknya. Jangan hilangkan atau rosakkan pen tu.

Contoh lain adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Kalau kita dipilih jadi pemimpin. Kita kenalah amanah. Jangan mengkhianati rakyat2 yang dipimpin. Kalau kita jadi doctor, kita kena amanah dengan segala kerja kedoktoran kita tu. Kalau kita jadi polis, kita kena amanah dengan kerja polis kita tu. Kalau kita jadi cikgu, kita kena amanah dengan kerja cikgu kita tu, kalau kita jadi… Oke, dapat point yang aku nak cakapkan, kan?

Ada satu cerita (tak pasti kesahihan cerita ni, sorry), Imam Ghazali bertanyakan beberapa soalan kepada anak2 muridnya. Salah satu soalan tu, Imam Ghazali tanya: Apakah benda yang paling berat didunia. Anak2 murid dia pun jawab la segala benda2 yang berat. Besi, baja, gajah, dll. Lepastu Imam Ghazali pun jawab: Betul tu, semua jawapan yang kamu2 bagi tu betul2 belaka. Tapi benda yang paling berat adalah memegang amanah.

Dalam surah Al-Ahzaab(33), ayat 72.

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.(72)

Langit, bumi, gunung-ganang semua pun tak mampu nak pikul. Berat sungguh kan. Tapi manusia yang suka melakukan kezaliman dan yang suka2 nak buat kerja ni sanggup ja nak pikul walaupun tak mampu nak menjaganya.

Sambungan lagi ayat surah Al-Ahzaab, ayat 73.

(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(73)

Nak sangat jadi pemimpin, nak sangat jadi doktor, nak sangat jadi polis, nak sangat jadi cikgu,, last2 kena siksa. Kalau tak nak kena siksa, jagalah amanah2 tu elok2. Oke?

p/s- Hari ni birthday Kak Mai. Happy Birthday Kak Mai!! Nak anak sedara satu. Kak Nini kata oder macam kat kedai mamak. Hehe~ 🙂

Tak boleh begerak lagi, perut aku nak pecah

Salam,

Kenyang~

luffy_fat Just bloated not fat. 🙂

Every wall is a door

Every wall is a door.
Ralph Waldo Emerson

will-way

Tazkirah minggu ini: Al-Hadid(57):22-24

Salam,

Tazkirah minggu ini adalah dari ayat dari surah Al-Hadid, 57 ayat 22 hingga 24. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22)

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(23)

Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina) dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (24)

Point penting dari ayat2 ini ialah:

1. Percaya kepada Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi

2. Janganlah kita bersedih dan jangan kita terlalu bergembira (sombong dan bangga)

Percaya kepada Qada dan Qadar adalah salah satu dari rukun Iman. Aku rasa semua orang Islam dah tahu tentang perkara ini. Kita pecaya bahawa setiap perkara yang berlaku adalah ketetapan dari Allah SWT dan manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan dari Allah SWT. Kalau kita dah percaya dengan Qada dan Qadar maka tak payah la rasa sedih sangat, atau rasa happy sangat dengan sesuatu perkara itu.

3. Jangan bakhil/kikir/kedekut

Ayat ini juga menerangkan supaya kita jangan bakhil/kikir/kedekut. Dan juga jangan menyuruh orang untuk bakhil. kalau kita tengok hari ini ramai diantara kita yang kedekut. Ingatlah, kalau kita kaya tu, Allah yang bagi kita kaya. Tak payah la nak kedekut sangat. Kalau kita jumpa orang yang dalam kesusahan, kita tolong lah orang tu. Mungkin suatu hari nanti kita pula yang susah kan. Hidup ni kadang2 macam roda. Kadang2 diatas, kadang2 dibawah. Semuanya sudah ditetapkan Allah SWT.

Cuba bayangkan kalau kita yang susah dan takdak orang nak tolong kita. Sedih kan?

Bayangan Matahari 2

Aku masih mampu memegang,

walaupun sudah kurang erat.

Mahu pergi jauh-jauh, tapi kaki ini…

 

Cis…

Aku bunuh kamu semua.

Musuh-musuh durjana,

supaya aku boleh pergi jauh,

tak mahu lagi mengejar bayangan matahari

cuma mahu mengukur tinggi kemampuan sendiri.

Tak mengharap kecuali yang itu.

Pasti tak hilang selagi aku maju,

sebab masih banyak musuh-musuh.

Tidak lagi sendirian di bawah langit.

 

Sekali lagi bunuh dia…

Dan tetap tinggal di situ.

f

p/s- Bayangan Matahari 1

Siapa Melayu?

Salam,

Pernah suatu hari, housemate tanya pada aku tentang orang melayu. Apa pentaksiran orang melayu? Siapa melayu, siapa bukan melayu? Aku jawab orang melayu ni orang yang tinggal di kepulauan melayu termasuk semenanjung tanah melayu. Orang Filipina pun mengaku melayu. Brunei confirm2 melayu. Kalau orang Indonesia tak nak mengaku melayu nak buat macam mana. Biar je la dekat mereka. Tapi bagi aku mereka tetap melayu.

Lepas tu dia tanya lagi. Kalau yang keturunan Merican tu macam mana? Yang tu kan keturunan mamak, dari India. Tapi mengaku melayu juga.

*speechless sebentar* *still tersenyum* *ah, aku nak tulis blog pasai benda ni!*

Oke. Kita go one by one.

Apa difinisi bangsa?

Bangsa atau race dalam bahasa Ingeris bermaksud 1. a contest of speed, eh salah~ Race bermaksud 1. a group of persons related by common descent or heredity. 2. a pupulation so bla bla bla. Sila check sendiri dekat sini. Maksud yang kedua, bukan yang pertama oke. Dah paham maksud race? Bangsa juga boleh bermaksud nation dalam bahasa Ingeris.

Aku pernah belajar subjek sejarah masa di KUTPM tentang konsep negara bangsa. Ada beberapa teori tapi aku dah tak ingat sangat. Konsep negara bangsa atau nationalism ini menekankan bahawa sesebuah negara hanya boleh terbentuk oleh satu bangsa sahaja. Contohnya England untuk orang English, Scotland untuk orang Scottish, Ireland untuk orang Irish, Germany untuk orang German, dan lain2 lagi.

Konsep ini juga kononnya diperjuangkan oleh parti DAP dengan slogan Malaysian Malaysia. Malaysia untuk orang Malaysia. Mereka mahukan persamaan taraf untuk semua rakyat Malaysia. Social equality kononnya katanya. Aku tak sokong konsep DAP ni. Sebab apa? Mungkin lain kali aku tulis tentang isu ini. Takut lari tajuk pula nanti.

Indonesia juga menggunakan konsep ini semasa memerdekakan negaranya. Indonesia untuk orang Indonesia. Orang Indonesia jangan marah jika aku katakan bangsa Indonesia cuma terbentuk selepas proklamasi 1945. Oke. Aku salah. Karena definisi NKRI itu negara yang terbentuk dari bangsa yang lahir terlebih dahulu. Jadi bangsa Indonesia itu sudah ada sebelum proklamasi 1945. Bangsa Indonesia terbentuk pada 28 Oktober 1928 semasa sumpah pemuda. Benar kan? Jadi jangan marah jika aku kata bangsa Indonesia cuma terbentuk selepas sumpah pemuda. Perkataan Indonesia mungkin wujud sebelum itu lagi tapi bangsa Indonesia baru mengiktiraf diri mereka sebagai sebuah bangsa Indonesia selepas sumpah pemuda.

Jadi bangsa apakah yang tinggal di kepulauan Indonesia sebelum tanggal 28 Oktober 1928?

Jawapan: Bangsa Melayu la. Sebab apa? Sebab sebelum ‘dinamakan’ kepulauan Indonesia nama pulau2 Indonesia ini adalah kepulauan Melayu.

Habis tu, kenapa sekarang nama dia kepulauan Indonesia? Perkataan indo- ialah bermaksud connected/represent/donating to India manakala perkataaan nesia berasal dari perkataan nisos (νησος) bahasa greek yang bermaksud island of. Jadi maksud Indonesia ialah Island of India. Kepulauan India. Hah?! Adakah orang melayu sebenarnya orang India macam golongan uttra-kiasu kata tu??

Tidak. Sebab apa? sebab indo- tu bukan India, tapi cuma connected/represent/ donating to India. Siapa yang letak nama tu? Penjajah Belanda yang letak. Tahukah anda, dulu negara Indonesia ini dikenali dengan nama Nederlandsch-Indie atau Hindia-Belanda dan kepulauan melayu seluruhnya digelar sebagai Indische Archipel atau Indian Archipelago atau Kepulauan Hindia? Maaf, tapi aku bukan berbangsa India/Hindia.

Pada tahun 1850 George Samuel Windsor Earl seorang anthropologist menulis bahawa kepulauan ini tak patut digelar Indian Archipelago atau Kepulauan Hindia sebabnya bukan bangsa India yang tingal disini. Lalu dia mencadangkan nama Indunesia atau Malayunesia dan penduduk kepulauan ini akan menjadi orang Indunesia atau orang Malayunesia. Tapi disebabkan dia tahu bahawa penduduk kepulauan ini sememangnya bangsa melayu yang bertutur dalam bahasa melayu maka dia memilih nama Malayunesia. Tapi sayang, boss kepada Earl, James Richardson Logan bukan seorang anthropologist. Dia orang politik, orang hukum, orang penjajah. Dia lagi suka nama Indunesia sebab secara geografi penjajah, kepulauan ini adalah kepulauan Hindia. Maka digelarlah Indonesia (huruf u diganti dengan huruf o untuk memudahkan penyebutannya).

Nama Indonesisch (pelafalan Belanda untuk ‘Indonesia’) juga diperkenalkan sebagai pengganti Indisch (Hindia) oleh Prof Cornelis van Vollenhoven (1917). Sejalan dengan itu, inlander (pribumi) diganti dengan Indonesiër (orang Indonesia).

Baca lebih lanjut di sini.

Orang Indonesia jangan marah jika aku katakan gelaran Indonesia itu adalah gelaran yang diberikan penjajah terhadap kalian, sama seperti gelaran negro terhadap budak (baca:hamba) bangsa African atau paria terhadap golongan budak (baca:hamba) dari selatan India. Hari ini gelaran negro dan paria tidak patut lagi digunakan kerana tidak ada lagi kasta hamba dalam masyarakat. Setuju? Hari ini juga perkataan Indonesia sudah mempunyai makna politik tersendiri.

Disebabkan Malaysia tidak dijajah Belanda, maka pribumi di Malaysia (Tanah Melayu Sabah dan Serawak ketika itu) tidaklah digelar Indonesiër. Tetapi masih tetap digelar Melayu oleh penjajah British.

Ops! Rasa macam dah lari tajuk. Hmm~ masih ada kaitan.

Jadi siapa Melayu? Stop dekat sini dulu. next time aku tulis lagi. Panjang sangat tak larat baca. 🙂

p/s- sebahagian dari sajak Usman Awang tentang Melayu. Nak baca penuh cari sendiri.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu