Tazkirah minggu ini: Al-Qalam(68):10-11

Salam,

Masa usrah dulu murabbi aku pernah cakap, kita sebagai orang Islam kena selalu menjalankan aktiviti dakwah. Selagi ada peluang teruskan la berdakwah. Dia ada cakap jugak kepada sesiapa yang ada blog tu, tulis la artikel2 yang berunsurkan dakwah. Jangan asyik bercerita tentang dunia je. Antara kawan2 se-batch aku yang tulis blog berunsur dakwah ni macam drrazi, amadanaksoleh, maxchempaka, drmaza. Hehe~ oke drmaza tak termasuk ketegori kawan se-batch.

Oleh sebab itu, aku decide setiap hari Jumaat aku nak tulis entry yang berunsur dakwah atau tazkirah. Sebab apa aku pilih hari Jumaat, sebab hari Jumaat aku pergi Sembahyang Jumaat dan aku dengar Khutbah Jumaat. Jadi incase aku tak tau nak tulis apa, aku boleh tulis intisari2 Khutbah Jumaat yang aku dengar tu.

Oke Khutbah hari ini tentang tahun masihi dengan tahun hijrah. Lebih kurang sama dengan khutbah minggu lepas jugak. Aku ada tulis sikit2 dalam entry ni. So kali ni aku tak nak tulis tentang intisari khutbah.

Kali ni aku nak tulis tentang sesuatu yang semakin menjadi2 dalam masyarakat kita ni. Terutamanya dekat alam maya ni. Dalam sural Al-Qalam(68) ayat 10-11 Allah berfirman yang bermaksud:

β€œDan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina.[10]

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).[11]”

Point penting dalam 2 ayat ni ialah janganlah kita patuhi/ikut:

1. Orang yang suka bersumpah.

2. Orang yang suka menghina.

3. Orang yang suka mencaci.

4. Orang yang suka menyebarkan fitnah.

(Kalau baca ayat2 sebelum dan selepas 2 ayat ni ada lagi menyenaraikan ciri2 orang yang kita tak patut ikut.)

So, cuba kita check balik diri kita. Adakah kita selalu ikut golongan orang2 macam ni. Kalau kita tengok ceramah2 politik (aku tengok thru youtube je) selalunya penceramah2 politik ni, tak kira dari side mana pun mesti nak bersumpah, nak menghina, nak mencaci, nak menyebarkan fitnah. Betul tak?

Mungkin kalau penceramah yang tak berpaksikan agama Islam memberi alasan tak pernah terbaca ayat ni. Tapi kalau penceramah yang kononnya berpaksikan agama Islam pun sama2 termasuk dalam golongan ni macam mana?

Lepas tu, orang2 yang mendengar ceramah ni pulak dengan penuh semangatnya mematuhi, mengikuti, dan menyorak kegembiraan setiap kali penceramah politik tu menyumpah, menghina, mencaci, dan memfitnah. Oke, kalau tak tahu lagi takpe la, tapi tak kan tak tahu kot??

Lagi satu, kalau kita tengok hari ni banyak sangat fitnah2 dalam masyarakat kita. Mungkin benda2 yang dikatakan tu betul. Tapi selagi kita sebagai orang awam ni tak sure pun tentang kebenaran sesuatu perkara, tak payah la ikut menyambung penyebaran benda2 tu. Kalau dah confirm betul nanti buat la penyebaran pun. Yang penting jangan jadi penghinaan dan pencacian pulak sudah la.

And kalau betul pun, apa la kita dapat sangat?Tapi kalau salah dapat apa pulak ye?

Fikir2kan la…sheep_stuck_on_fence_lg_nwm

gif img from google

p/s- aku bukan duduk atas pagar macam kambing2 dekat kampung2 sesiapa tapi aku still duduk dekat luar kawasan pagar. Tengok dari jauh sebelum decide nak masuk ikut pintu mana. πŸ™‚

 

Advertisements

2 Responses

  1. betul tuh!!aku pun naek bengkerks jerk kalau tetiba gi layan kuliah agama-then tetiba dia masuk duk kutuk2 politik plaks-memg silap besar lah aku x g dengar ceramah dia dah!ergs~
    **loike diz post!!ehe

  2. nice move.
    i just read this. a very wise plan for every friday.
    keep it up adi, chaiyyokkk!!!!!=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: