Hidup cuma ilusi

Salam,

Cuba bayangkan kalau hidup ini cuma ilusi. Semuanya cuma fenomena mental. Terbentuk daripada suatu imitasi yang terlalu rumit. Mungkin kesedaran (baca: consciousness) juga satu ilusi. Bukan bermaksud kesedaran itu tak wujud tapi kesedaran itu wujud dalam bentuk yang kita tak pernah fikirkan. Contohnya mungkin kesedaran kita tu seperti sesuatu yang tengah guide apa yang kita buat. Setiap perbuatan atau setiap tutur kata yang diucapkan. Maksudnya kalau kita tengah jalan, kesedaran kita yang pegang dan gerakkan kaki kita tu. Macam puppet show. Macam sebenarnya ada someone atas kepala kita tengah gerak2kan kita.*pandang atas* Dan sebenarnya someone tu adalah diri kita sendiri.

Atau mungkin sebenarnya setiap perbuatan kita tu bukan datang dari kesedaran kita. Tetapi kita cumalah penonton puppet show itu yang berada dalam ilusi bahawa kita sebenarnya sedang mengawal kesedaran kita. Tak faham? Contohnya macam urban legend, jokes, teka-teki, atau cerita hantu yang mempunyai banyak variasi tapi sebenarnya sama. Tak faham jugak? Hmm~ Mungkin juga manusia itu cumalah sekadar metafora…

Pernah tengok mime artist perform? Aku cuma pernah tengok dalam tv. Belum pernah tengok yang live lagi. Macam mana mime artist tu bayangkan dinding dan boleh bersandar pada dinding tu. Atau mime artist tu bayangkan kerusi dan boleh duduk atas kerusi tu. Mime artist tu boleh nampak apa yang dia bayangkan. Dan kadang2 kita sebagai penonton pun boleh bayangkan yang dia memang sedang duduk atas kerusi.

Pernah tengok cerita hindustan? Bila kadang2 si hero dan heroin yang boleh pergi nyanyi2 di puncak gunung yang bersalji walaupun mereka sebenarnya baru bertentangan mata. Mungkin orang akan kata yang hero tu bayangkan je. Tapi macam mana heroin pun boleh terbayangkan benda yang sama. Dan kadang2 orang2 dekat tepi2 jalan pun boleh terbayangkan benda yang sama. Pelik kan?

Jadi aku nak cadangkan satu teori yang berbunyi: Kalau semua orang bayangkan benda yang sama, maka benda tu akan wujud dengan sendiri. Kalau sesuatu tu warna hitam, tapi kalau semua orang di dunia ni kata putih maka benda tu akan jadi putih. Tapi dengan syarat semua orang di dunia kena bayangkan benda yang sama la…

Aku namakan teori ni Hikmat Bayangan Alam Semesta, Menutup Mulut Dengan Jari, Meng-cover Dengan Mata. Haha~

p/s- semua orang di dunia tolong bayangkan ada makanan dekat sebelah aku. Tengah lapar ni. 🙂

Advertisements

9 Responses

  1. pekat hawa~….
    nama hikmat 2 panjang sgt 2…. awat la dk ajaran x abis2……

  2. ish3~ni mcm ajaran org ja.sejak bila org pturun kat dia?huu~
    cuba bayangkan lapar hanyalah satu rasa yang kwujudan dia utk distract ur journey to ur goal.if u can control hunger then u can control any other distractions along d way.sbb tu ada org just survive on 2 piece of kurma per day.less eating time,less toilet time.lalalalala~
    p la makan.satgi maag stg.huu~

  3. tak.tak sama.teori ni bukan mindset je lapar jadi tak lapar.teori ni tentang ilusi.cuba baca balik betul2.

    and upi founder dia actually

  4. xpenah~…

  5. http://mistisfiles.blogspot.com/2008/12/matrix03apa-yang-ada-di-dalam-matrix.html

    page ni menerangkan hidup cuma ilusi tuh. tapi sangat kompleks. baca je la perlahan2 kalau mampu. best gak la. kalau pening, saya sarankan baca dari part 1.

    “dunia ini hanyalah relatif. yang nyata hanyalah tuhan. selain daripadanya adalah pembohongan.” – norf

    haha. selamat mengkaji!

  6. helo!!!

    i’ve been telling this teori ever since muhabbatein movie exist…remember??

    now u know!!!

  7. owh sorry~
    abg wira founder dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: