Food review: Siput babi

Salam,

Tadi ada menyiarkan satu rancangan di tv. Dan isu yang satu ketika dahulu pernah heboh dikalangan kawan2 se-batch aku muncul kembali. Tentang siput babi. Kawan aku pernah tulis dekat blog dia.

Apa hukum makan siput babi?

Secara kaedah hukum, semua makanan hukumnya harus kecuali dinyatakan haram. Jadi kita tengok dulu apa saja makanan yang dinyatakan haram.

Yang pertama, benda yang confirm2 haram yang dinyatakan dalam Al-Quran seperti babi, bangkai, darah yang mengalir, binatang yang tak disembelih kerana Allah, dan arak. Sebagai orang Islam, benda2 ni jangan dipersoalkan lagi.

Yang kedua, benda yang dinyatakan haram dalam hadis Nabi SAW seperti binatang buas yang bertaring, burung yang bercakar, katak, keldai Hmm~ apa lagi? Haiwan melata. Tapi bukan sema haiwan melata. Dalam hadis Nabi SAW menyebut 4 jenis haiwan melata yang dilarang untuk dibunuh. Semut, lebah, burung hud hud, dan sejenis burung jalak. Kalau tak boleh bunuh tu maksudnya tak boleh makan la.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. melarang membunuh empat jenis hewan melata, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung sejenis jalak. (h.r. Abu Dawud sahih sesuai syarat sahihain)

Seterusnya, benda yang diharamkan mengikut ijma’ ulama dan qias. Selalunya benda2 yang termasuk dalam kategori ni adalah benda2 yang memudaratkan. Contohnya seperti dadah, pewarna tambahan yang merbahaya, bahan pengawet yang merbahaya, telur cacing pita? (ada yang makan benda ni) dan lain2 lagi.

Oke. Sekarang dimanakah letaknya hukum siput babi?

Tak sebut dalam Al-Quran, bukan binatang bertaring atau bercakar, Tak membahayakan kesihatan.

Ada yang kata siput babi haram sebab binatang dua alam. Ops~ check dulu betul2. Siput babi bukan binatang dua alam ye. Kalau kita ambil siput babi dan rendam dalam air, siput tu akan mati lemas. Sebab apa, sebab dia tak dak insang macam ikan dan dia tidak boleh bernafas dengan kulit macam katak. Habis tu dia bernafas macam mana? Jom study anatomy of siput babi.

 

anatomy of snail pic from wikipedia

Dia bernafas melalui respiratory pore menggunakan paru2.

Ada la pulak yang kata siput babi adalah binatang yang kotor, hidup pada tempat yang kotor, makan benda yang kotor. Lepas tu bagi dalil dari Al-Quran, Surah Al- A’raf,7 : 157.

"….,dan menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka…" ( Al-A’raf : 157)

Siapa kata siput babi ni kotor. Check betul2 dulu. Habitatnya di kebun2 sayur, taman2 bunga, sawah2 padi. Kotor ke? Makanan utama dia, tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan. Kotor ke? Kadang2 siput babi  makan pasir, batu2 dan mungkin tulang2 dan concrete untuk sumber kalsium. Jarang2 dia amalkan kanibalism. Agak2 kalau siput babi yang orang kutip di tengah sawah tu makan bangkai ke tak? Kalau ternampak siput babi tengah makan bangkai sila jangan makan dia.

Ada juga yang kata siput babi ni busuk berlendir-lendir, jadi haram makan. Kalau macam tu kambing pun busuk juga. Ikan pun busuk hanyir berlendir-lendir  juga. Haram ke makan kambing dan ikan? Bila masak dah tak berlendir dah kan? Kerepek bekicot tu tak berlendir pun. Sate siput babi tak berlendir pun. And kalau berlendir pun bukannya haram. Pernah makan tiram mentah?

Lepas tu ada yang kata siput babi ni beracun. Kalau beracun orang tak makan la. Kalau memang beracun pun ada cara untuk membuang racun tu.

Ada yang kata, siput babi ni banyak parasit. So masak la betul2. Dalam daging lembu pun ada parasit. Sebab tu tak digalakkan makan daging mentah.

Ada juga yang kata siput babi ni menjijikkan. Makhluk perosak. Oke. Yang halal tu jelas, yang haram tu pun jelas, tapi yang jijik tu subjektif. Kalau jijik orang tak makan la. Cuba tanya orang yang vegetarian. Kebanyakakn mereka akan jawab jijik makan makhluk bernyawa. Orang yang bukan vegetarian makan dengan selambe nya. Tak rasa jijik pun. Aku ada kawan yang tak makan ayam. Katanya jijik~ So aku nak tanya ni, jijik ke makan ayam?

Untuk yang makhluk perosak tu pulak, lembu dan kambing pun makhluk perosak kalau dibiarkan di kebun2 sayuran atau kebun2 bunga, percayalah~

Last sekali, alasan dari orang yang tak boleh menerima hakikat. Dia akan kata macam ni, “kalau halal pun, banyak lagi makanan lain, kenapa nak makan siput babi? Makan la ayam” So aku nak tanya dia, apa hak dia untuk kata macam tu? benda tu kan makanan. Dalam surah Al-Maidah,5:88 Allah berfirman:

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.”

Allah kata makanlah, so apa kes dia nak persoalkan orang nak makan?

Jap, ada lagi satu, sorry to say, yang paling bodoh kata, “Nama pun babi. Mesti la haram!!” Nak kena jawab ke yang ni? Oke aku jawab juga. Siput babi tu orang Melayu je yang bagi nama. Orang putih bagi nama snail. Kalau yang hebat sikit akan panggil Achatina fulica. Orang arab panggil halazun. Orang indonesia ada yang panggil bekicot. Jap nak search nama2 lain.

Afrikaans – slakke

Albanian – kërmijtë

Lithunian – sraiges

Slovenian – polži

Haah~ hambek ni!! yang lain2 sila cek sendiri dekat google translate.

Ada lagi tambahan untuk jawapan soalan dari orang bodoh macam ni.

Imam Malik ketika ditanya hukum makan babi laut*, beliau tidak memberi sebarang fatwa, dan mengatakan: “Kamu yang menamakannya babi”. (Mudawwanah 1/420)

*babi laut adalah sejenis hidupan laut yang memang takdak kena mengena dengan babi.

Kesimpulan: makan siput babi diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. [Antaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405)]

Ini masalah ijtihad.

p/s- aku berijtihad halal makan siput babi. Anda bagaimana?

p/s2- baca dan kaji lagi artikel ini dan ini

[DISCLAIMER: artikel ini hanyalah pendapat penulis semata-mata. Penulis tidak pergi menemui uztaz2 atau ulama2 semasa menghasilkan artikel ini. Penulis cuma menggunakan artikel2 di internet dan menggunakan akal fikiran penulis untuk menghasilkan artikel ini. Jika ada fatwa/ijma’ ulama mu’tabar yang mengharamkan siput babi maka artikel ini dengan sendirinya terbatal. Reader discretion is advised]

p/s3- ini artikel paling lama yang aku pernah tulis. Tulis, padam, tulis, padam, tulis…

Advertisements

22 Responses

  1. Bravoo..Ayooo Kenduri siput babi 🙂

  2. suke gapo baca research ko ni adi. haha…

  3. setuju…just nak tanya a few soalan lah

    how to prepare?
    ianya tak payah sembelih mcm ikan, ulat dan siput sedut ka? terus cook mcm tu ja?

  4. aji:aku tengok dekat tv dengan gapo. dia buat sate.macam sedap je.yum2~

  5. chop..
    ‘gapo’ tu apa?

  6. harga cabai naik terus nak makan siput babi kaa?ish2

  7. eiii..tetap geli nak makan 😛 sbb pernah tgk siput babi yg besar2 dlm longkang yg sgt kotor

    p/s : thanks sbb buktikan siput babi halal.hehe. selamat perut ni..

  8. Teruskan berkarya dan meneruskan pencarian..Mungkin ada lagi benda2 eksotik yang boleh dimakan 😛

  9. aku pernah jumpa siput nih kat longkang selalunya klu bukan kat tmpat sawah cm ko ckp.. . bukan ke kire binatang kotor juga?
    lagipun, kenapa laa nak mkn siput camtuh.. tanya la diri sendiri.. klu mak anda masakkan siput nih, nak mkn kaa? hahaha…

    • kalau jumpa dalam longkang jangan makan oke.kalau jumpa kankung dalam longkang pun jangan makan.kalau jumpa ayam goreng dalam longkang pun jangan makan.kalau jumpa bubur ayam mcD dalam longkan pun jangan makan.oke?

      • tu disebabkan ayam goreng, bubur mcD tu dah jadi makanan dan dah tentu mati, kalau dia masih hidup macam siput babi pun, dia pun tak hingin bergelumang dalam longkang macam aktiviti favorite si siput babi hidup. melainkan anda sendiri celup ayam goreng dan mcD dalam longkang macam awak story kat atas tu lain la cerita. tu si burp kat atas tu dah tanya soalan kat awak dulu, pasal siput babi yang nak digorengkan kat awak tu dah tanyakan kat mak awak ke belum? fakta story awak kat atas berapi2 panjang bagai, tapi jawab soalan straight to point tak reti pulak ya? 😉

      • kalau jumpe bigmac dlm longkang ko mesti mkn kan…wakakakaka…

    • Siput mkn tumbuhan juga..klw longkang rumah ko xpernah cuci n berlumut,mmg la siput babi tu bertandang ramai2..ikan keli duk dlm longkang besar siap ada air kumbahan pun belum boleh dikatakan haram..buka minda,baca dan bykkan mendengar,baru boleh menulis dan bercakap..hai,ini la lumrah si sempit agaknya..

  10. thnks for the info.

    dah lah baru lepas debate dengan kawan-kawan pasai siput babi ni. okay, dah tau jawapan. mekasih mekasih. ;D

    • Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu”. Hadis Hasan soheh yang bermaksud : “Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu”. (Riwayat At-Tarmizi)

  11. kau ni berjual business daging siput babi ke? promo plus+ emosi siput babi semacam je.. mahir betul kau dengan bab2 siput babi ni ya? siap masukkan bab2 agama, suroh, sunnah lagi dalam.. bangga siput babi dengan perjuangan kau.. ;-D

    • Segala yg diragui haruslah ada pertikaian dan perdebatan dlm bentuk perbincangan n tiap perbincangan haruslah dikaitkan dgn dalil Qur’an dan hadith,br la bleh trima..klw dh nyata dia bleh buktikan dgn siap hadith,surah bagai,ko trima je lah klw ko tu Muslim dan xdpt nk sangkal dgn hadith n Qur’an juga..nk tau kebenaran,hati kena lapang dan bebas terima perubahan. Biar bodoh terbuka drpd jahil tersepit.

  12. sangat – sangat berterima kasih tentang semua info – info kat atas tu .

  13. sayang sekali tiadak ada siput babun

  14. haha best artikel ni. Don’t blame writter , dia just bg pendapat. Bagi aku memang xde pun yg mengatakan siput babi tu harem. yg lucu ada yg kata sebab siput babi nih dia xleh nak sembelih so kalau mati jd bangkai jd xleh mkn. semua makhluk pun kalau mati memg ar jd bangkai huahaha. siput nih slalu aku tengok kat mana2 pun ada. kdg2 kat kebun sayur , kat longkang, kat dinding simen dll. tp aku x mkn siput. kalau rasa x lalu xyah mkn. kalau was2 baik refer dgn comment Iscandar Ibrahim,( Riwayat At-Tarmizi)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: