Melayu Perlembagaan

Salam,

Aku nak sambung cerita hari tu. Cerita tentang Melayu. Cerita hari tu boleh baca dekat sini.

Kali ni aku nak tulis tentang siapa melayu berdasarkan pelembagaan Malaysia. Kalau kita bercakap dalam konteks perlembagaan Malaysia, penjelasan aku dalam artikel hari tu tak boleh di guna pakai. Sebabnya perlembagaan Malaysia hanya digunakan di negara Malaysia.

Konsep bangsa (race) di Malaysia tak sama dengan bangsa di Indonesia. Kalau di Malaysia ada Bangsa Melayu, Bangsa Cina, Bangsa India. Di Indonesia cuma ada satu bangsa, Bangsa Indonesia. Tapi di Indonesia ada suku (ethnic). Ada juga suku Melayu di Indonesia. Tapi suku melayu di Indonesia tak sama dengan konsep bangsa Melayu yang aku tulis sebelum ni. Kalau Malaysia pakai konsep negara bangsa macam ni, aku jadi bangsa Malaysia suku Melayu. Haha~ macam lawak je bunyi.

Oke. kembali kepada tajuk. Aku rasa ramai dah tahu tentang perkara 153 dalam perlembagaan. Tentang menjaga hak keistemewaan bumiputera (Orang Melayu dan penduduk asal Malaysia). Jadi, siapakah Melayu menurut perlembagaan.

Dalam perkara 160. Tafsiran

"Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian

Ada perkataan DAN dan ATAU di situ. Rasa2 nya orang yang belajar matematik tahu maksud kedua-dua perkataan itu.

Oke, ada beberapa ciri2 orang Melayu berdasarkan perlembagaan.

1) Menganuti agama Islam,

2) Lazim bercakap bahasa Melayu,

3) Menurut adat Melayu.

4) Zuriat atau keturunan

Ini secara perlembagaan. Sebab tu la ada orang kata Parameswara bukan melayu. Sebab dia bukan Islam. Dalam perlembagaan orang Melayu mesti menganut agama Islam. Cuba bayangkan, pengasas kesultanan Melayu Melaka bukan orang Melayu tapi orang India sebab dia agama Hindu atau orang Cina sebab dia beragama Budha. Parameswara – pengasas Kesultanan Cina/India Melaka. Haha~  Bodoh tak orang yang kata tu?

Diluar konteks perlembagaan, Melayu dengan Islam tak sama. Melayu dengan Hindu lagi la tak sama. Bukan aku tak setuju dengan perlembagaan, tapi itulah kenyataan nya. Jangan nak kata aku suruh orang Melayu Islam mutad pulak. Nauzubillah~

Bagi aku agama tak menjadikan seseorang itu sesuatu bangsa tertentu. Orang melayu Islam yang murtad masih tetap melayu (Sekali lagi aku tegaskan, aku tak suruh orang Melayu Islam murtad) dan orang cina Budha yang masuk Islam masih tetap Cina. Setuju?

Kalau Islam tak semestinya Melayu, Jadi siapa Melayu?

Sekarang tinggal ciri yang ke-2, ke-3 dan ke-4. Bahasa, adat, dan keturunan. Aku tak masukkan tempat lahir dan tarikh lahir sebagai ciri orang melayu sebab kalau lahir di Amerika pun boleh jadi orang melayu lagi. Kan?

Lain kali aku sambung tulis.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: