Tazkirah Minggu Ini: Agar Nikah Lebih Barokah

Salam,

Oh dah lama tak update blog ni. Hari ni rasa macam nak update balik. Dan bersempena dengan hari Jumaat maka aku nak tulis tazkirah. Dan juga bersempena dengan musim orang2 kahwin, aku nak tulis tazkirah tentang kahwin. Tapi tazkirah ni tak ditujukan khas kepada orang yang nak kahwin tapi kepada orang2 yang tak kahwin dan jealous dengan kawan2 dia yang dah kahwin.

Kepada kawan2 kepada orang yang nak kahwin, anda semua kita semua (aku termasuk) dilarang untuk mengucapkan perkataan jahiliyah kepada kawan kita yang kahwin tu. Perkataan jahiliyah macam mana? Macam yang diterangkan oleh hadis ni.

Dari al-Hasan: Bahawasanya ‘Aqil bin Abi Thalib menikah dengan seorang wanita dari kabilah Jusysyam. Kemudian datanglah para tamu. Mereka mengucapkan, “Birrafa’ wal banin (Semoga bahagia dan banyak anak).” Dia menjawab: “Janganlah kalian melakukannya, sebab Rasullullah SAW melarangnya.” Mereka bertanya: ” Lalu apa yang harus kami ucapkan wahai Abu Zaid” Dia menjawab: “Ucapkanlah “Barakallahu lakum wa baraka ‘alaikum (semoga Allah melimpahkan keberkahan dan semoga Allah melimpahkan keberkahan atas apa yang kalian lakukan).” Begitulah kami diperintahkan”

-Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Abdurrazaq, an-Nasaq, Ibnu Majah, ad-Darimi, Ibnu Abi Ashim, Abu bakar asy-Syafi’i, Abu Bakar an-Nursi, Ibnus Sunni, Ibnul Arabi, al-Baihaqi, Ahmad, dan Ibnu Asakir.-

Jadi kita jangan sebut yang macam orang2 selalu sebut tu. Cepat dapat anak la, dapat anak banyak2 la, bahagia ke anak cucu la, dan lain2. Tapi sebut la Barakallahu lakum wa baraka ‘alaikum. Oke?

Ah lagi satu, kepada pengantin tu Tak payah la pulak pasang lagu selamat pengantin baru yang cerita Madu Tiga tu time kenduri. Ala, lagu Saloma dalam cerita Madu Tiga tu. Yang time P. Ramlee kahwin isteri ketiga tu. Yang selamat pengantin baru, selamat berbahgia, selamat ke anak cucu, selamat sejahatera tu. Yang tu la. Instead, pasang la lagu Maher Zain Barakallah. Eh, lagu Maher Zain ni pun macam ada unsur2 jahiliyah sikit2. Hmm~ pasang la lagu mana2 yang sesuai. Oke? 🙂

p/s- Tazkirah dipetik dari buku Agar Nikah Lebih Barakah oleh Muhammad Nashiruddin al-Albani

p/s2- Selamat pengantin baru kepada Ahmad Naqiuddin dan Rafahiah. Barakallahu laka wa barakallahu ‘alaika wa jama’a bainakuma fii khair (Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, semoga Allah memberikan keberkahan pada apa yang engkau lakukan, dan semoga Allah mempersatukan kalian berdua dalam kebaikan)

p/s3- jealous mode: on

Advertisements