Happy Birthday Upi!

salam,

Seperti yang aku kata sebelum ni, untuk bulan Ogos ni keberangkalian aku nak update blog dengan kerap berbanding bulan2 lain adalah sangat tinggi. Hari ni 4 hb, harijadi adik aku. Happy birthday Sufi.

Gambar ambil dekat facebook je. cari dalam arkib komputer tak jumpa gambar upi. Mungkin sebab dia malu bila orang ambil gambar dia. tak percaya tengok gambar ni.

Gambar time raya 2007 dekat rumah adik beradik Tokcik depan masjid dekat Tikam Batu.

p/s- upi jugak sangat cool. Kadang2 jeles dengan dia sebab dia hebat main basket dan main gitar walaupun dia adik. Dah la dia lagi tinggi. huhu~

p/s2- habis practical mai la bandung tau. (lagi satu point untuk jeles, dia dah nak habis belajar tapi aku still lama lagi)

p/s3- jangan kahwin awai dari abang sudah tau. Hehe~ 🙂

[EDIT: alaaaaaaaaa~ salah hari lagi. Di sini baru jam 11 kok udah jadi tanggal 5]