Tazkirah minggu ini kembali lagi. Haha~

Salam,

Rasa macam dah lama tak menulis (cliché, i know. Hehe). Bukan tak nak tulis, in fact macam-macam benda yang aku rasa nak tulis dekat blog ni. Tapi macam-macam alasan yang kebanyakannya alasan yang self made ja. Konon-kononnya sibuk.

Sekarang ni rasa macam berkarat. Kalaupun ada idea dalam kepala, tak boleh nak keluarkan. Nak susun ayat, cari perkataan yang sesuai. Oh, memang dah berkarat. Orang kata, nak menulis ni macam lari marathon . Kalau dah lama tinggal, nak start balik tu memang payah. Stamina dah kurang, kaki pun cepat cramp. Kan?

Sebab hari ni Jumaat, mungkin aku patut tulis tazkirah, tapi sebab aku malas nak buka kitab malam ni, mungkin aku patut tulis tentang khutbah yang aku dengar tadi. Oke, khutbah tadi tentang Nabi Ibrahim as. Tentang father figure dan husband figure (macam salah istilah ja) Nabi Ibrahim. Macam mana dia mendidik keluarga dia. Hmm~ baru teringat, khatib tadi bagi banyak fakta-fakta sejarah yang tak accurate. Banyak jugak riwayat israeliyat. Hmm~ rasa macam nak tulis tentang riwayat israeliyat. Mungkin lain kali ja aku tulis tentang isu tu. Mungkin lain kali jugak aku tulis tentang cara Nabi Ibrahim didik keluarga dia. Lepas tu nak tulis apa ni? Oh, ada 1 point, tadi khatib tu kata, solat di awal waktu tu sunnah ja, yang wajib tu solat di akhir waktu. Maksudnya kalau mati sebelum solat tu tak berdosa lagi. Kalau dah masuk waktu next solat tapi tak solat lagi baru berdosa. (Faham tak? Bebelit-belit ayat aku) Kata khatib tu lagi, empat-empat mazhab utama kata macam tu. Kata dia lagi, kalau mazhab Maliki kalau niat solat, angkat takbir lepas tu tiba-tiba azan masuk waktu next solat, solat dia sah. Tapi kalau mazhab Syafie kena at least 1 rakaat baru sah. (oh my malay, bebelit-belit sungguh ayatku). Oke, ni semua dari khutbah tadi, aku tak verified dari kitab apa-apa pun. Kalau salah tolong betulkan.

Oke, cukup dulu. Semoga lepas ni aku rajin menulis lagi di sini (cliché lagi, i know)

p/s – minggu ni niat nak berlari-lari marathon ke cfd. Dah lama tak pi. Nak pi makan pasta. Hehe~ 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: