Anon, help me please!

Salam,

Saja nak update blog. Dah lama tak menulis, rasa macam dah bekarat. Banyak benda yang jadi tapi rasa macam tak sesuai nak tulis dekat sini. Mungkin suatu hari nanti bila dah berani tulis aku akan tulis.

Orang kata hidup ni macam roda. Kalau memang macam roda mungkin aku sekarang ni aku dekat bawah. Harap2 tengah nak naik balik.  Mungkin sekarang aku agak stress, tapi aku cuba untuk buat2 tak stress. Kalau duduk sorang2 tu kadang2 rasa macam nak nangis.  Harap2 tak jadi bipolar.

Sekarang aku dekat department obgin. Baru minggu first. Tengah tunggu queue untuk evaluasi partus. Bidan yang evaluasikan. Tapi aku tak hafal lagi step by step. Harap2 lepas ni boleh sambut bayi dengan jayanya.

p/s –  i need someone to give me motivation, someone stranger.

A serial killer with a heart….. just pray it’s not yours

i feel like

you stole my life

i’m not a person i am suppose to be

its like i am hollow

i hide in plain sight

unable to reach out to people close to me

i’m afraid i’ll hurt them

like i’ve hurt so many others

this is what you make me become

-Dexter Morgan-

dexter-logo-blood

Dah last day?

Salam.

Hari ni hari terakhir tahun 2010. hoohmaiiiigooooddd!!!… Macam biasa bila tahun nak habis mesti sibuk2 nak buat introspeksi diri. Tahun ni macam tahun2 sebelumnya mesti azam tahun baru yang buat masa awal tahun tak tercapai. Aku tahu, bukan aku seorang yang macam ni. Orang lain pon sama. Mengaku je la…

Tahun 2010 ni adalah tahun yang paling tak best sekali sepanjang hidup aku. Kalau suatu hari nanti orang nak tulis biografi tentang aku maka tahun 2010 ini bolehlah digelarkan sebagai tahun kedukaan. Mungkin orang yang kaji sejarah pasal aku nanti boleh panggil tahun ni sebagai zaman tahun kegelapan aku (baca:dark age year). Atau orang akaun ekonomi boleh panggil zaman recession.

Tiba2 teringat perbualan dengan orang belajar akaun..

“Recession tu apa?”

“Recession tu kemelesetan ekonomi.”

“Tak, recession in bla bla bla..”

Sorry abang tak ingat maksud recession yang Liya cakap tu. Hmm~ tiba2 sedih balik…

Kembali ke point yang nak cakap. Sepanjang beberapa tahun kegagalan mencapai target azam tahun baru, maka aku dah pun membuat analisis kenapa suatu kegagalan mencapai azam tahun baru itu boleh terjadi. Dan hasil post-mortem menunjukkan bahawa faktor utama adalah MALAS. Jadi persoalannyan, adakah aku perlu membuat azam tahun baru 2011 untuk tidak malas lagi? NO, i don’t think so. Sebab aku takut nanti aku MALAS untuk tidak malas lagi.

Oke. Nanti tahun 2012 tukar je la azam jadi ‘tidak MALAS untuk tidak malas lagi.’ Haha~’

So, nak buat macam mana?

Setelah membuat analisis yang lebih mendalam, akhirnya aku telah menjumpai cara penyelesaian masalah kegagalan mencapai target azam tahun baru yang sangat ‘gampang’ (both translation from malaysia and indonesia can be applied).

annual regrets day

hehe~ My new year’s regolutions: 1. eat a candy bar!!! lol..

p/s- result post-mortem sebenar. I need a reminder. Anyone want to be my reminder. Kalau tak boleh remind setiap saat untuk tidak jadi malas atleast tolong remind kan aku untuk tidak malas lagi daily. Or weakly pon oke. Thanks!

p/s2- link <-second favorite webcomic. 🙂

OCD

Aku rasa aku ada OCD…

Hmm~Kena buka Kaplan dan baca balik tentang treatment and manegement of OCD