Eh..

Hi.

Saja nak test tulis blog balik. Zaman sekarang dah tak banyak orang guna personal blog dah, semua orang lagi suka menulis dekat facebook atau guna twitter ja, so aku rasa macam nak menulis balik dekat sini. Bajet hipster sikit. Hehe~

Last entry dekat sini tahun 2012. Dah 4 tahun yang lalu. Kalau baca balik post2 lepas macam lawak la pulak. Hehe~ Macam2 dah yang terjadi 4 tahun ni. Dulu zaman student sekarang dah kerja. Mungkin dah lebih matang. Harap2 lah. So kalau aku rajin update lagi lepas post ni, boleh expect la content yang lebih matang dan serius. Ceewah~

Oke dah. Jangan update panjang2 sangat, orang malas baca. Haha~ kalau ada orang yang tiba2 terbuka blog ni la.

p/s – Selamat hari kebangsaan Malaysia! Jangan kena jajah lagi.

Advertisements

Tazkirah minggu ini kembali lagi. Haha~

Salam,

Rasa macam dah lama tak menulis (cliché, i know. Hehe). Bukan tak nak tulis, in fact macam-macam benda yang aku rasa nak tulis dekat blog ni. Tapi macam-macam alasan yang kebanyakannya alasan yang self made ja. Konon-kononnya sibuk.

Sekarang ni rasa macam berkarat. Kalaupun ada idea dalam kepala, tak boleh nak keluarkan. Nak susun ayat, cari perkataan yang sesuai. Oh, memang dah berkarat. Orang kata, nak menulis ni macam lari marathon . Kalau dah lama tinggal, nak start balik tu memang payah. Stamina dah kurang, kaki pun cepat cramp. Kan?

Sebab hari ni Jumaat, mungkin aku patut tulis tazkirah, tapi sebab aku malas nak buka kitab malam ni, mungkin aku patut tulis tentang khutbah yang aku dengar tadi. Oke, khutbah tadi tentang Nabi Ibrahim as. Tentang father figure dan husband figure (macam salah istilah ja) Nabi Ibrahim. Macam mana dia mendidik keluarga dia. Hmm~ baru teringat, khatib tadi bagi banyak fakta-fakta sejarah yang tak accurate. Banyak jugak riwayat israeliyat. Hmm~ rasa macam nak tulis tentang riwayat israeliyat. Mungkin lain kali ja aku tulis tentang isu tu. Mungkin lain kali jugak aku tulis tentang cara Nabi Ibrahim didik keluarga dia. Lepas tu nak tulis apa ni? Oh, ada 1 point, tadi khatib tu kata, solat di awal waktu tu sunnah ja, yang wajib tu solat di akhir waktu. Maksudnya kalau mati sebelum solat tu tak berdosa lagi. Kalau dah masuk waktu next solat tapi tak solat lagi baru berdosa. (Faham tak? Bebelit-belit ayat aku) Kata khatib tu lagi, empat-empat mazhab utama kata macam tu. Kata dia lagi, kalau mazhab Maliki kalau niat solat, angkat takbir lepas tu tiba-tiba azan masuk waktu next solat, solat dia sah. Tapi kalau mazhab Syafie kena at least 1 rakaat baru sah. (oh my malay, bebelit-belit sungguh ayatku). Oke, ni semua dari khutbah tadi, aku tak verified dari kitab apa-apa pun. Kalau salah tolong betulkan.

Oke, cukup dulu. Semoga lepas ni aku rajin menulis lagi di sini (cliché lagi, i know)

p/s – minggu ni niat nak berlari-lari marathon ke cfd. Dah lama tak pi. Nak pi makan pasta. Hehe~ 🙂

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha…

p/s- terjumpa gambar Gohan di internet. Tiba2 jadi homesick. Mood Gohan yesterday. And still are today.

son-gohan__manga

Aku mahu pulang

Tempat untuk aku pulang,

dari dulu ia ada di situ,

ada di tempat itu,

aku mahu pulang,

untuk jiwa dan roh.

Ikut jalan tengah.

Tak mahu terlalu tegang.

Tak mahu terlalu kendur.

Jiwa ini cuma titik-titik tak terkira

dalam satu titik.

Dan aku mahu pulang…

neo.matrix

* * * * *

p/s- Homesick, depressed, anxious. In need of a distraction. Need someone to talk to.

Dan tidakkah kau tahu?

aku bukan hantu mu lagi

Haunting Nocturne

Haunting Nocturne from leagueoflegends

* * * * *

don’t catch a cold. take care

Food review:non-small cell lung carcinoma???

Salam,

Baru-baru ni aku tengok operasi lobectomy paru-paru.

111014_113255

Boleh tengok pada paru-paru ni ada tumor dan banyak bintik2 hitam sebab patient adalah perokok. Tapi bila dah tengok paru2 jadi teringin makan paru pulak lepas tu.

111013_120123

Terpaksa pergi kedai nasi padang. Yang ni walaupun hitam tapi sedap. Yum2~

p/s-stop somoking!!

Mimpi ngeri

Salam,

Malam tadi aku mimpi ngeri. Darth Vader nak bunuh aku. Dia ada dekat depan rumah. Aku lari nak keluar ikut pintu belakang. Dia pergi ke belakang, aku lari masuk dalam rumah balik. Lepas tu aku terjaga…

darth-vader

pic from google image

p/s- ada yang tak betul dengan subconscious mind aku.